FIFA tarik balik hak Peru sebagai penganjur Piala Dunia B17

Bernama
April 4, 2023 05:39 MYT
Biro Majlis FIFA akan melantik tuan rumah baharu dalam masa terdekat. - REUTERS
GENEVA: FIFA pada Isnin mengumumkan menarik balik hak Peru sebagai tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia Bawah 17 Tahun selepas negara itu gagal menyiapkan infrastruktur yang diperlukan untuk kejohanan itu.
Keputusan berkenaan dibuat selepas badan induk bola sepak itu mengadakan perbincangan dengan Persekutuan Bola Sepak Peru.
Bagaimanapun, kejohanan itu kekal akan diadakan dari 10 November hingga 2 Disember 2023, lapor Xinhua.
"Biro Majlis FIFA akan melantik tuan rumah baharu dalam masa terdekat," menurut FIFA.
Menurut FIFA, Peru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mendapatkan pelaburan dan menyiapkan kerja yang diperlukan sebelum kejohanan bermula.
--BERNAMA-XINHUA
#FIFA #Piala Dunia Bawah 17 Tahun #Peru #Infrastruktur