FIFA setuju tambah jumlah pasukan bertanding Piala Dunia kepada 48
Agensi
Januari 10, 2017 19:35 MYT
Januari 10, 2017 19:35 MYT
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengundi dan bersetuju sebulat suara untuk menambah jumlah pasukan yang beraksi pada pertandingan Piala Dunia daripada 32 pasukan sekarang kepada 48 pasukan.
Badan penaung bola sepak dunia itu mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter FIFA yang turut memaklumkan perkara itu akan dilaksanakan pada kejohanan Piala Dunia 2026.
Format baharu itu bakal menyaksikan 16 kumpulan dengan tiga pasukan setiap satu bersaing untuk ke pusingan seterusnya.
FIFA berkata maklumat lanjut mengenainya akan didedahkan kemudian.
Penambahan jumlah pasukan adalah antara janji dalam kempen Presiden FIFA, Gianni Infantino yang menggantikan Sepp Blatter pada Februari lalu.
Infantino pada asalnya mencadangkan 40 pasukan, namun jumlah itu ditambah pada Oktober lalu.
Keputusan itu juga mengenepikan kebimbangan pengkritik yang sebelum ini mendakwa penambahan jumlah pasukan hanya mengurangkan kualiti pertandingan.
#FIFA
#Gianni Infantino
#Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
#Piala Dunia 2026
#Presiden FIFA
#Twitter FIFA