FIFA dapati Presiden Kesatuan Bola Sepak Caribbean bersalah terima rasuah

Bernama
September 20, 2017 19:20 MYT
FIFA berkata, Jawatankuasa Etika Bebas mendapati Derrick bersalah kerana menawarkan dan menerima hadiah atau faedah lain.
FIFA mengumumkan Presiden Kesatuan Bola Sepak Caribbean Gordon Derrick, dilarang membabitkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama enam tahun kerana melanggar kod etika badan bola sepak dunia itu.
Jawatankuasa Etika Bebas mendapati Derrick bersalah kerana menawarkan dan menerima hadiah atau faedah lain, menurut FIFA dalam satu kenyataan.
Derrick merangkap Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Antigua dan Barbuda turut diperintahkan membayar denda sebanyak 30,000 franc Swiss (£ 23,097).
-- BERNAMA-NNN-AGENCIES
#bola sepak #FIFA #Gordon Derrick #Jawatankuasa Etika Bebas #Kesatuan Bola Sepak Caribbean #kod etika #Rasuah
;