FFA beri kawalan A-League kepada kelab yang bertanding
AP Newsroom
Julai 1, 2019 20:09 MYT
Julai 1, 2019 20:09 MYT
SEBUAH perjanjian awal berjaya dicapai untuk liga bola sepak Australia, A-League dikendali secara bebas daripada Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA).
Perjanjian tersebut mengakhiri rentetan perjuangan kawalan terhadap pemilik kelab dengan badan tadbir nasional sukan bola sepak negara itu.
Laporan New Leagues Working Group (NLWG) yang ditubuhkan pada bukan Oktober untuk menentukan masa depan tadbir urus bola sepak di Australia, memutuskan A-League, liga wanita W-League dan liga remaja harus ditadbir dan dijalankan dibawah operasi kelab-kelab mulai musim depan.
Ini bermakna badan baru tersebut, dengan pengerusi bebas akan mengambil tanggungjawab mengendali perlawanan secara profesional, sama seperti liga-liga bola sepak di Eropah.
Badan baru bola sepak Australia itu akan mempunyai wakil daripada kesemua 12 kelab profesional dan dua wakil daripada FFA.
FFA sebelum ini tidak bersetuju dengan penubuhan badan baru ini dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
NLWG berkata pada Isnin ia "telah mencapai persetujuan secara prinsip (dengan pemilik kelab dan pihak berkepentingan lain) mengenai cadangan untuk membawa evolusi dan pengukuhan semula kejohanan domestik profesional Australia."
FFA akan terus menerima pendapatan dari liga profesional untuk membiayai pasukan kebangsaan Australia dan bola sepak akar umbi, tetapi tidak dalam bentuk caj lesen seperti pada masa lalu.
Pengerusi FFA, Chris Nikou berkata cadangan itu "bertujuan untuk menyelaraskan dan menyatukan bola sepak Australia dengan cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
"Kelab akan mempunyai kawalan yang lebih besar terhadap hala tuju strategik dan komersil liga, seterusnya mencetuskan pelaburan baru yang signifikan dalam kualiti dan pemasaran ketiga-tiga liga," kata Nikou.