Ferrer kalahkan Fognini dalam tenis antarabangsa Acapulco

Astro Awani
Mac 3, 2013 09:49 MYT
Dalam permainan tenis antarabangsa Acapulco di Mexico, juara bertahan David Ferrer melangkah ke pentas akhir setelah menundukkan Fabio Fognini dalam aksi tiga set.
Berdepan bintang Itali, Fognini, Ferrer dipaksa bekerja keras dengan corak permainan pantas.
Mempamer aksi bertenaga, pilihan utama dari sepanyol ini menang mudah 6-3 di set pertama.
Dia kemudian menerima tentangan lebih hebat di set kedua, sekaligus menyaksikan Fognini menang dengan keputusan tie-break 7-6.
Permainan kemudian terpaksa diseret ke set penentuan.
Ferrer mempamer kebangkitan mendadak untuk meraih kemenangan bergaya 6-1 sekaligus mengesahkan laluannya ke final.
#David Ferrer #Fabio Fognini
;