Ferrari ulangi kemungkinan tarik diri dari F1 - Sergio Marchionne
Agensi
Disember 19, 2017 08:08 MYT
Disember 19, 2017 08:08 MYT
Pengerusi Ferrari, Sergio Marchionne mengulangi ancamannya bahawa Ferrari berkemungkinan akan mengikuti langkah beberapa pasukan lain dengan menarik diri dari saingan Formula 1 (F1) sekiranya sukan itu menjadi seperti perlumbaan NASCAR di Amerika Syarikat.
Beliau yang juga Ketua Eksekutif Fiat-Chrysle bagaimanapun berharap keputusan tidak berlaku namun mahu ancamannya itu yang pernah disuarakan sebelum ini diambil serius.
"Kami tidak berminat untuk membuat kereta semua enjin yang sama, mudah dan murah seperti NASCAR,” kata Marchionne ketika ditemui wartawan di Maranello, Itali.
Beliau berkata F1 memerlukan keputusan untuk masa depan yang memuaskan semua orang.
"Kalau tidak, Ferrari akan pergi, mereka (F1) bermain dengan api," katanya.
Sementara itu jentera F1 pasukan Ferrari 2018 akan diumumkan secara atas talian pada 22 Februari.
Kereta itu kemudiannya akan dibawa ke Circuit de Barcelona-Catalunya untuk sesi foto, sebelum permulaan ujian pra musim pada 26 Februari.
Pasukan Ferrari berkedudukan kedua pada saingan musim 2017 yang lalu.