Fernando Torres umum persaraan
Ian Johan Ariff
Jun 21, 2019 16:24 MYT
Jun 21, 2019 16:24 MYT
FERNANDO TORRES mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak hari ini, selepas 18 tahun bermain secara profesional.
Penyerang berusia 35 tahun dari Sepanyol itu beraksi untuk pasukan Sagan Tosu di Jepun tahun lalu, membuat pengumuman menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.
Torres akan memberi butiran lanjut mengenai keputusannya untuk bersara pada satu sidang media pada Ahad di Tokyo.
Bekas penyerang antarabangsa Sepanyol itu juga memenangi Piala Dunia pada 2010.
Torres berhijrah ke Liverpool dari kelab tempat kelahirannya, Atletico Madrid pada 2007 dan menjaringkan 24 gol untuk the Reds pada musim pertamanya di England.
Dia kemudian membuat kejutan apabila berhijrah ke Chelsea pada hari terakhir jendela perpindahan Januari 2011.