Tiada tekanan buat Felda United untuk mengharungi Liga Super 2013.

Bagi pengendalinya, K. Devan, pemain telah mempamer prestasi memuaskan namun hanya nasib sahaja yang belum memihak pada pasukan itu.

Dari segi keserasian pemain, Devan akui Felda masih punya sedikit kelemahan dimana ini jelas kelihatan dalam enam aksi Liga Super yang diharungi.

Malah bekas pengendali Selangor ini bakal mengambil pendekatan terbaik untuk merubah keadaan itu.

Jelasnya, beberapa penambahbaikan akan diserap dikalangan pemain bagi memastikan prestasi Felda United dapat dipertingkatkan sekaligus mencapai sasaran ditetapkan.