Fekir bingung dengan tindakan Liverpool
Astro Arena
Ogos 25, 2018 12:30 MYT
Ogos 25, 2018 12:30 MYT
NABIL FEKIR tidak memahami mengapa perpindahannya ke Liverpool tidak berjaya dimeterai dan pemain itu sudah berancang untuk kekal lama bersama Lyon.
Pemain kebangsaan Perancis itu hampir untuk menyertai Liverpool namun kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tidak menyempurnakan perpindahan tersebut.
Fekir tidak pasti mengapa dia masih lagi kekal bersama Lyon namun persoalan itu tidak lagi membelenggunya selepas mempamerkan aksi cemerlang membantu pasukan meraih kemenangan 2-0 ke atas Strasbourg dalam aksi Ligue 1, semalam.
"Masa depan saya? Saya pemain Lyon dan akan kekal di sini. Untuk kontrak lanjutan, mengapa tidak? Saya bersedia untuk kekal bersama pasukan untuk jangka masa panjang," kata Fekir.
"Terdapat insiden yang berlaku ketika musim panas lalu, tetapi ia telah berlalu dan saya gembira masih bersama Lyon.
"Saya telah mendengar beberapa perkara mengapa Liverpool tidak bersetuju untuk mendapatkan khidmat saya. Tetapi perkara yang sebenar hanya diketahui oleh Liverpool," ujarnya.