Federer mara ke separuh akhir Terbuka Australia

Astro Awani
Januari 24, 2013 00:41 MYT
Bintang tenis Roger Federer meneruskan kemaraan ke separuh akhir buat kali kesepuluh berturut-turut selepas mengatasi Jo-Wilfried Tsonga dalam Terbuka Australia.
Namun, pemain Switzerland itu terpaksa mengharungi tetangan selama tiga jam setengah.
Federer memulakan aksi set pertama dengan baik apabila menang 7-6 menerusi tie-break tetapi Tsonga bangkit untuk menang 6-4 di set kedua.
Federer menang sekali menerusi tie break 7-6 dalam set berikutnya untuk mengheret perlawanant ke set keempat.
Tsonga menang 6-3 di set keempat, namun federer bangkit untuk menang 6-3 di set penentuan untuk mengesahkan kemaraan.
#Jo-Wilfried Tsonga #Roger Federer #tenis #Terbuka Australia