Federer kembali beraksi di Stuttgart

Astro Arena
Mei 2, 2018 07:25 MYT
Federer dijangka akan beraksi di Terbuka Gerry Weber, tetapi beliau menyertai kejohanan gelanggang rumput di Stuttgart yang bermula pada 11 Jun. - Foto Astro ARENA
ROGER Federer bakal membuat penampilan semula dalam saingan Terbuka Stuttgart, Jun ini.
Pemenang grand slam 20 kali itu mengetepikan saingan gelanggan tanah liat sekali lagi selepas tahun lalu bagi membuat persiapan mempertahankan gelaran Wimbledon.
Federer dijangka akan beraksi di Terbuka Gerry Weber, tetapi pemain nombor dua dunia itu menyertai kejohanan gelanggang rumput di Stuttgart yang bermula pada 11 Jun.
"Atmosfera di TC Weissenhof sangat menakjubkan. Dengan segera anda dapat berasakan permainan yang cemerlang di sini.
"Saya cuba menampilkan permainan terbaik beraksi di gelanggang rumput dan mahu bermain di Stuttgart sekali lagi tahun ini."
Legenda Switzerland itu mengalami kekalahan mengejut kepada Tommy Haas dalam kejohanan yang sama tahun lalu manakala tersingkir dalam suku akhir pada 2016.
Federer masih belum beraksi sejak tewas kepada wakil Australia Thanasi Kokkinakis dalam pusingan kedua Terbuka Miami, Mac lalu.
#gelanggang #Grand Slam #Roger Federer #tennis #Terbuka Gerry Weber #Terbuka Stuttgart #Wimbledon
;