Fasa pertama detik paling penting F:30
Astro Arena
November 1, 2018 06:43 MYT
November 1, 2018 06:43 MYT
FASA pertama, iaitu sudut tadbir urus dalam peta hala tuju Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), F:30, bakal menjadi detik paling kritikal dalam merealisasikan impian meletakkan negara ini dalam kalangan lima terbaik Asia.
Penganalisis bola sepak negara, Datuk Richard Scully, mengakui jika FAM melakukan kesilapan meletakkan individu yang tidak layak untuk mengurus tadbir, maka projek F:30 ini akan menjadi sia-sia.
Beliau yang juga salah seorang panel F:30 berkata FAM perlu melantik satu jawatankuasa yang lebih kerap melakukan pemantauan turun padang dan bukan berkisar kepada teori semata-mata.
Malah, setiap ahli gabungan dalam peringkat negeri dan kelab juga wajib memainkan peranan dalam F:30.
"Kami memerlukan individu yang tepat untuk menguruskan perancangan dalam pembangunan bola sepak negara ini," kata Richard.
"Setiap kelab dan negeri memerlukan program pembangunan yang tersendiri dan ia adalah langkah untuk membantu memastikan F:30 mencapai sasaran yang telah ditetapkan," kata penolong juruatih Felcra FC, Rosle Md Derus.
F:30 yang dilancarkan pada Rabu bukan sahaja melibatkan skuad bola sepak negara tetapi merangkumi bola sepak wanita dan pembangunan futsal.
Selepas fasa pertama dari 2019 hingga 2022, fasa kedua adalah untuk mencapai peringkat Asia pada tahun berikutnya, diikuti melahirkan pasukan bertaraf dunia dalam fasa akhir.
#bola sepak
#F 30
#FAM
#jawatankuasa
#pemantauan
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#peta hala tuju
#Richard Scully