Farkhan punya sebab tidak sahut cabaran Meeraj Khan

Astro Arena
Ogos 22, 2020 05:29 MYT
Farkhan tidak akan menyahut cabaran itu memandangkan dia sedang menguasai beberapa gelaran. Foto Astro ARENA
IMPIAN menyaksikan pertarungan peninju profesional negara, Meeraj Khan Omar, menentang Mohd Farkhan Haron tidak kesampaian berikutan kegagalan mencapai kata sepakat.
Peninju berusia 30 tahun itu sudah menggantung sarung tangannya tetapi menyatakan kesediaannya untuk mencabar Farkhan, namun usaha untuk merealisasikan pertarungan itu sudah dijalankan tetapi mereka gagal capai kata sepakat.
BACA: Meeraj umum persaraan, mahu lawan Farkhan sebagai aksi terakhir
"Maaf, Farkhan tidak akan menyahut cabaran itu memandangkan dia sedang menguasai beberapa gelaran.
"Dia merupakan peninju ke-14 terbaik di dunia.
"Kami tidak akan pelawaan untuk pertarungan ini. Ini bukan berkaitan ego cuma kami sudah lama berusaha menaikkan Farkhan dalam kalangan 15 peninju terbaik dunia."
#7kata sepakat #gantung sarung tangan #Meeraj Khan Omar #Mohd Farkhan Haron #peninju #sukan #tinju
;