Farah Ann layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020
Hasimi Muhamad
Oktober 6, 2019 11:52 MYT
Oktober 6, 2019 11:52 MYT
Selepas 19 tahun menanti, akhirnya ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi berjaya memenuhi impian rakyat Malaysia untuk melihat atlet gimnas wanita negara kembali beraksi di pentas Sukan Olimpik.
Gimnas berusia 25 tahun itu mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas meraih slot di Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia di Stuttgart, Jerman.
Perkara itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Twitter beliau, sebentar tadi.
“Tahniah Farah Ann layak ke Olimpik Tokyo 2020! Terima kasih kerana membawa nama Malaysia ke pentas dunia,” demikian katanya.
Terdahulu, Farah tampil dengan aksi cemerlang dalam pusingan kelayakan individu 'All Around' dalam kejohanan berkenaan.
Untuk melayakan ke Sukan Olimpik, Farah perlu menduduki sekurang-kurangnya kelompok 24 terbaik dalam kalangan peserta yang bertanding.
Kali terakhir gimnas negara beraksi di Olimpik adalah menerusi Au Li Yen yang layak ke Sydney 2000 menerusi acara palang sejajar.