FAM umum senarai akhir 25 pemain ke Singapura

Bernama
Mac 21, 2022 15:12 MYT
Daripada 30 pemain disenaraikan Kim Pan Gon untuk kem latihan pusat, hanya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Syahmi Safari tidak dapat melapor diri. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai akhir 25 pemain skuad Harimau Malaya yang akan mengharungi cabaran Siri Tiga-Negara FAS di Singapura, bermula Rabu ini.
FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada 30 pemain disenaraikan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon untuk kem latihan pusat, hanya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Syahmi Safari tidak dapat melapor diri selepas meminta pengecualian kerana menyambut kelahiran cahaya mata kembar tiga.
Syahmi digantikan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee, manakala pemain naturalisasi Dion Cools dan Liridon Krasniqi akan terus melapor diri di Singapura nanti.
Penyerang Petaling Jaya City FC, Darren Lok pula hadir melapor diri pada 14 Mac namun terpaksa digugurkan selepas positif ujian COVID-19, sekali gus tempatnya digantikan pemain Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya.
Dalam pada itu, dua lagi pemain digugurkan semasa kem latihan pusat berlangsung membabitkan pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor yang mengalami kecederaan pangkal paha dan penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim yang disahkan positif COVID-19.
Baki tiga lagi pemain yang tidak dibawa ke Singapura melibatkan pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah, Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC) dan Shio Hong Wan (JDT).
Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina pada Rabu ini dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.
Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini.
Berikut 25 nama pemain yang akan beraksi dalam Siri Tiga-Negara FAS di Singapura.
Bil
Pemain
Pasukan
1
Mohd Farizal Marlias
Johor Darul Ta'zim FC
2
Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak
Johor Darul Ta'zim FC
3
Shahrul Mohd Saad
Johor Darul Ta'zim FC
4
Corbin-Ong La'Vere Lawrence
Johor Darul Ta'zim FC
5
Mohamed Syamer Kutty Abba
Johor Darul Ta'zim FC
6
Safiq Rahim
Johor Darul Ta'zim FC
7
Arif Aiman Mohd Hanapi
Johor Darul Ta'zim FC
8
Muhammad Safawi Rasid
Johor Darul Ta'zim FC
9
Muhammad Akhyar Abdul Rshid
Johor Darul Ta'zim FC
10
Mohamadou Sumareh
Johor Darul Ta'zim FC
11
Muhammad Ramadhan Saifullah Usman
Johor Darul Ta'zim FC
12
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
Selangor FC
13
Quentin Cheng Jiun-Ho
Selangor FC
14
Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi
Petaling Jaya City FC
15
M Kogileswaran Raj
Petaling Jaya City FC
16
Khair Muhammad Jefri Jones
Negeri Sembilan FC
17
Ahmad Khuzaimi Piee
Negeri Sembilan FC
18
Mohamad Faisal Abdul Halim
Terengganu FC
19
Muhammad Syafiq Ahmad
Kedah Darul Aman FC
20
Dominic Tan Jun Jin
Sabah FC
21
Muhamad Nor Azam Abdul Azih
Sri Pahang FC
22
Luqman Hakim Shamsudin
KV Kortrijk
23
Dion-Johan Cools
SV Zulte Waregem
24
Liridon Krasniqi
Odisha FC
25
Zhafri Yahya
Kuala Lumpur City FC
-- BERNAMA
#FAM #Singapura #Kim Pan Gon #Siri Tiga-Negara FAS