FAM umum Juan Torres Garrido dilantik sebagai jurulatih skuad B20

Astro Arena
Februari 13, 2024 16:20 MYT
Juan Torres Garrido dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad bawah 20 tahun negara. - Foto FAM
PENGENDALI skuad bawah 23 tahun negara, Juan Torres Garrido, diberikan peranan tambahan selepas dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad bawah 20 tahun negara.
Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika sidang media selepas Mesyuarat ke-10 Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Oktober lalu, pengendali kelahiran Sepanyol itu dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara menggantikan E. Elavarasan yang kembali ke pangkuan skuad utama selepas berjaya pacu skuad muda negara layak secara merit ke kejohanan Piala Asia B23 Qatar, April depan.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Juan Torres Garrido #Persatuan Bolasepak Malaysia #Ketua Jurulatih skuad bawah 20 tahun #FAM
;