FAM umum harga tiket aksi Malaysia lawan Oman

Astro Arena
Mac 9, 2024 11:45 MYT
Tiket bagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Pala Asia 2027 di antara Malaysia dan Oman boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan harga tiket bagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac depan.
Tiket bagi tempat duduk terbuka berharga RM40 manakala penyokong boleh menikmati pengalaman lebih selesa dengan tambahan RM20 bagi tiket grandstand.
Sementara itu, tiket premium pula boleh anda dapatkan pada harga RM80 sambil kanak-kanak pula hanya dikenakan tiket berharga RM5.
Anda boleh membeli tiket secara online di www.tickethotline.com.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#FAM #harga tiket #Stadium Nasional Bukit Jalil #Malaysia #Oman #harimau Malaya