FAM teliti klausa tertentu

Zulhelmi Zainal Azam
Mac 13, 2013 18:35 MYT
Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM kini melakukan perincian terakhir untuk melepaskan dua pemain Harimau Muda A ke kelab devisyen tiga Jepun, FC Ryukyu.
Pengesahan tersebut dibuat ketua jurulatih skuad pelapis kebangsaan itu, Ong Kim Swee.
"Kita perlu memastikan segala surat menyurat atau klausa-klausa tertentu yang kita letak dapat memberi kebaikan kepada skuad kebangsaan." katanya.
Ketika ditanya apakah klausa utama yang ditetapkan badan induk itu, Kim Swee berkata pemain terbabit yang mahu pulang ke tanahair nanti perlu melalui klausa yang ditetapkan.
"Mereka perlu kembali ke pangkuan Harimau Muda A sebelum pergi menyertai pasukan lain."
Kim Swee mengulas mengenai tawaran FC Ryukyu kepada dua pemain Harimau Muda A.
Ketika ini, kelab yang berpangkalan di Okinawa itu hampir pasti akan menandatangani pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor.
Manakala, satu lagi slot antara Wan Zaharulnizam Zakaria, Gary Steven Robbat, D. Saarvindran dan Rozaimi Abd Rahman.
Menurut Kim Swee, keputusan berhubung isu ini akan diketahui sebelum pasukannya bertolak ke Slovakia pada pagi 16 mac nanti
#bola sepak #FAM #FC Ryukyu #klausa #Ong Kim Swee
;