FAM sahkan empat pemain warisan baru Harimau Malaya tunggu kelulusan, empat lagi 'on the way'

Astro Arena
Januari 25, 2025 10:20 MYT
Menurut FAM, proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia. - Foto FAM
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan hari ini bahawa empat pemain warisan baru yang bakal memperkuatkan Harimau Malaya sedang menunggu kelulusan muktamat daripada pihak Kerajaan Malaysia.
Malah, badan induk itu turut mengesahkan mereka turut dalam proses bagi melengkapkan pendokumentasian bagi empat pemain lain.
Untuk rekod, anak buah Peter Cklamovski diundi dalam Kumpulan F, kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bersama Nepal, Laos, dan Vietnam.
"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.
"Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.

Siaran Media: Status Terkini Pemain Warisan Baharu Harimau Malaya Baca penuh di https://t.co/FoBJ05EfQ1#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/m0LQorUZXr

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 25, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"FAM berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya.
"Skuad kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Peter Cklamovski akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan aksi pertama Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac 2025," katanya dalam siaran media hari ini. - StadiumAstro
#harimau Malaya #FAM #pemain warisan #kerakyatan malaysia
;