FAM optimis kemampuan skuad B-23 raih kemenangan ke atas Laos esok
Bernama
Februari 20, 2022 21:56 MYT
Februari 20, 2022 21:56 MYT
KANGAR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos pada perlawanan terakhir Kumpulan B Kejuaraan Bawah 23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) di Phnom Penh, Kemboja, esok.
Bagaimanapun, Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM tidak meletak harapan besar, kerana pasukan yang dihantar ke kejohanan tersebut bukannya pasukan terbaik negara, sebaliknya mereka adalah skuad pelapis yang dihantar untuk mendapat pendedahan.
"Kalau ada rezeki dan perlawanan memihak kepada kita, mereka boleh atasi Laos esok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Bola Sepak Star Lion PFA (Persatuan Bola Sepak Perlis) di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, hari ini.
Hamidin mengakui bahawa skuad bimbingan jurulatih Brad Maloney gagal menggunakan beberapa peluang, dan belum ada rezeki untuk meraih kemenangan apabila tewas kepada Laos di Stadium Prince, Jumaat lepas.
-- BERNAMA
#FAM
#skuad Bawah 23 tahun
#b-23
#Persekutuan Bolasepak ASEAN
#AFF
#Malaysia
#laos
#Presiden FAM
#Hamidin Mohd Amin