FAM cadang adakan pertemuan dengan Khairy
Astro Awani
Jun 19, 2013 11:12 MYT
Jun 19, 2013 11:12 MYT
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Cadangan itu dilontarkan naib presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin bagi mengeratkan hubungan kedua-dua pihak yang didakwa dingin.
Jelas Hamidin, FAM terlebih dahulu akan mengadakan mesyuarat bersama pegawai-pegawai tertinggi badan induk itu sebelum pertemuan diadakan.
Tambah beliau lagi, pertemuan dengan kementerian tersebut penting buat FAM untuk merujuk isu-isu yang boleh diselesaikan secara bersama.
Lantas, beliau secara peribadi bersikap positif dengan apa jua pandangan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Rembau itu.
Laporan selanjutnya boleh diikuti melalui video yang telah disediakan.