FAM berdepan tiga hukuman

Astro Arena
September 10, 2015 00:12 MYT
Menyentuh antara prospek hukuman yang dihadapi FAM, beliau berkata selain keputusan 3-0, hukuman beraksi di stadium kosong dalam beberapa perlawanan bakal dirasai penyokong negara.. - Gambar Astro ARENA
Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Peter Velappan mempersoalkan tahap keselamatan di Stadium Shah Alam, selain memberi bayangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal berdepan tindakan berat oleh FIFA.
Pernah bertugas selama 30 tahun di AFC, Velappan melahirkan rasa terkejut terhadap sistem keselamatan di Stadium Shah Alam.
Mempersoalkan sejauh mana kawalan yang dilakukan oleh pihak keselamatan, dia berasa ada sesuatu yang tidak kena mengapa insiden sedemikian mampu terjadi.
"Saya bertanya, dimana pihak keselamatan? bila anda masuk pintu, anda memberi tiket, dan pihak keselamatan memeriksa anda, jadi bagaimana kemungkinan banyak bom, banyak suar boleh dibawa masuk ke stadium. Ini menunjukkan kegagalan secara total pihak keselamaatan kita," katanya.
Menyentuh antara prospek hukuman yang dihadapi FAM, beliau berkata selain keputusan 3-0, hukuman beraksi di stadium kosong dalam beberapa perlawanan bakal dirasai penyokong negara.
"Perlawanan itu mungkin diberikan kemenangan kepada Arab Saudi dengan keputusan 3-0, kedua mungkin FAM akan dikenakan denda dan ketiga kemungkinan FAM diarahkan mengadakan perlawanan di dalam stadium kosong," katanya.
#FAM #FIFA #Peter Velappan #stadium shah alam