Faizal Azumu banding kehebatan Safawi, de Paula di Dewan Rakyat

Harits Asyraf Hasnan
Disember 16, 2021 13:10 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan prestasi pemain bola sepak tempatan tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pemain naturalisasi.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu menyifatkan prestasi pemain bola sepak tempatan tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pemain naturalisasi.
Beliau berkata, ia hasil perbandingan yang dilakukan di antara pemain tempatan, Safawi Rasid, 24 dan pemain naturalisasi Guillherme de Paula Lucrecio, 35 semasa Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020.
Beliau turut membentangkan perincian melibatkan kedua-dua pemain di Dewan Rakyat.
Tempoh masa bermain:
Safawi - 246 Minutes (3 Starter)
De Paula - 119 Minutes (1 Starter / 2 Subs)
Gol :
Safawi - 4
De Paula - 0 Gol
Shots :
Safawi - 10
De Paula - 2
Shot On Target :
1. Safawi - 8
2. De Paula – 2
Shooting accuracy :
1. Safawi - 80
2. De Paula – 100
Key Passes :
1. Safawi - 4
2. De Paula – 1
Succesful Passes :
1. Safawi – 68
2. De Paula – 28
"Jadi kita dapat lihat pemain tempatan adalah tidak kurang hebatnya berbanding dengan pemain naturalisasi yang ada pada masa ini," katanya.
Program pembangunan bola sepak utamakan pemain muda
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas-Setiu) yang ingin tahu sejauh mana KBS mengawal tindakan menaturalisasi pemain bola sepak sebagai pemain kebangsaan di negara ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata KBS tidak dapat mengawal proses naturalisasi pemain bola sepak kerana permohonan tersebut tidak melalui kementeriannya.
"Ketetapan naturalisasi bagi seseorang individu adalah menggunakan syarat-syarat dan undang-undang sedia ada.
"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga telah menangguhkan projek naturalisasi ini berikutan persembahan pasukan negara pada saingan kelayakan Piala Dunia FIFA/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.
"Kementerian amat komited dalam memberikan tumpuan kepada pembangunan sukan negara di kalangan pemain-pemain tempatan.
#pemain naturalisasi #Faizal Azumu #Parlimen #Safawi Rasid #Guillherme de Paula Lucrecio
;