Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Astro Arena
Julai 4, 2024 07:40 MYT
Julai 4, 2024 07:40 MYT
PEMAIN sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak Rabu.
Mengikut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
Sebelum ini, bapa pemain itu turut memaklumkan bahawa anaknya sudah mula melakukan senaman ringan di samping meneruskan sesi fisioterapi dan mencapai 95 peratus tahap kecergasannya.
Ini merupakan kali pertama Faisal turun semula ke padang sejak menjadi mangsa simbah asid dan terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan dan pemulihan.