Faisal Halim semakin stabil

Astro Arena
Mei 7, 2024 06:15 MYT
Faisal yang mengalami kelecuran tahap empat dan telah menjalani pembedahan kedua pada sebelah petang dan kini berada dalam keadaan stabil. - Foto fail/BERNAMA
INI perkembangan terkini keadaan pemain kebangsaan, Faisal Halim, susulan menjalani pembedahan kedua susulan disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali.
Faisal ketika ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam susulan disimbah asid pada Ahad.
Dia mengalami kelecuran tahap empat dan telah menjalani pembedahan kedua pada sebelah petang dan kini berada dalam keadaan stabil.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan, Faisal Halim telah selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam dan keadaannya makin stabil.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato' Seri Shahril Mokhtar memaklumkan Faisal Halim telah selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama 3 jam petang tadi & keadaannya makin stabil. Moga semuanya baik-baik saja buat kamu FH7. @ASTROARENA

— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Asid sulfurik pekat merupakan bahan kimia yang digunakan oleh si pelaku ketika menganiaya Faisal hingga menyebabkan beberapa anggota badan termasuk mukanya melecur tahap empat. - Stadiium Astro
#Faisal Halim #Faisal Halim disimbah asid #solat hajat buat Faisal Halim #solidaritiFaisalHalim
;