Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam
Astro Arena
Mei 6, 2024 17:00 MYT
Mei 6, 2024 17:00 MYT
PEMAIN sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Perkara itu dikongsikan Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Selepas Faisal Halim selesai menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi, Alhamdulillah nampak dia makin stabil," katanya.
Faisal mengalami kelecuran tahap dua di muka dan badannya selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di Damansara semalam.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro