AHLI Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim kini berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.

Malah, doktor juga membenarkan anak-anaknya untuk hadir melawat daripada jarak jauh untuk meningkatkan motivasinya yang sudah hampir dua minggu dirawat di hospital.

Mengikut wartawan di lokasi, Karl Nunis, Faisal berasa terharu dengan keprihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatannya.



Malah, Faisal yang sudah dibenarkan makan sebelum ini baru sahaja menjamu Ayam Penyet.

Sebelum ini dilaporkan, penyerang Harimau Malaya itu akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan selepas kejayaan dalam tiga pembedahan.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro