Fabio Vieira pamer aksi berkelas bintang atasi Bodo/Glimt - Joe Cole
Astro Arena
Oktober 7, 2022 08:40 MYT
Oktober 7, 2022 08:40 MYT
JOE Cole memuji pemain tengah Arsenal, Fabio Vieira selepas dia membintangi kemenangan 3-0 The Gunners ke atas Bodo/Glimt dalam Liga Europa awal pagi tadi.
Pemain berusia 22 tahun itu berpindah ke Emirates dari Porto dengan yuran perpindahan bernilai GBP34 juta pada musim panas tetapi menyaksikan kemajuan awalnya di kelab terhenti akibat kecederaan.
Bagaimanapun, dia cemerlang awal pagi tadi, menjaringkan gol ketiga untuk pasukan kendalian Mikel Arteta.
Vieira sebelum ini menghasilkan bantuan jaringan untuk Rob Holding pada separuh masa pertama dengan hantaran silang yang tepat selepas Eddie Nketiah untuk membuka jaringan.
Pemain tengah Portugal itu juga menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris (English Premier League) pertamanya di Brentford dan mengagumkan semasa kemenangan Liga Europa Gunners ke atas FC Zurich bulan lepas.
Walaupun mempamerkan kualitinya dalam tiga permulaan untuk kelab itu, Vieira hanya tampil pada dua kesempatan lain sebagai pemain gantian lewat dalam perlawanan menentang Manchester United dan Tottenham.
Vieira mendapati dirinya berada di belakang kapten kelab, Martin Odegaard dalam barisan di Arsenal dalam peranan sebagai pemain nombor 10, menimbulkan persoalan tentang berapa banyak aksi yang akan dia bermain musim ini.
Perancang Portugal itu mengambil peluangnya awal pagi tadi di Emirates dengan menunjukkan bakatnya dan selepas perlawanan, dan Joe Cole penuh dengan pujian untuk Vieira.
"Kelab-kelab seperti ini sentiasa akan ada persaingan," kata Cole kepada BT Sport.
"Apa yang saya suka mengenai Vieira ialah sentuhan penyudahnya cukup baik serta penuh dengan keyakinan.
"Setiap tindakannya mempunyai sebab dan kaki kirinya cukup berbisa.
"Dia akan perlu bersaing dengan Odegaard dan dia merupakan seorang pemain yang cukup cemerlang."