FA lanjutkan saingan EPL
Ian Johan Ariff
Mac 20, 2020 14:50 MYT
Mac 20, 2020 14:50 MYT
Persatuan Bola Sepak England (FA) bersetuju untuk melanjutkan musim 2019/2020, sementara memanjangkan penggantungan semua liga sekurang-kurangnya sehingga 30 April.
Minggu lalu, FA telah menghentikan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Bola sepak Inggeris, pertandingan domestik dan perlawanan profesional wanita ekoran penularan wabak Covid-19 yang menggugat dunia sukan.
Lembaga FA mengesahkan musim ini akan diteruskan walaupun melepasi tarikh 1 Jun bagi menyelesaikan saingan liga musim 2019/20.
Berdasarkan peraturan liga, musim ini perlu berakhir tidak lebih daripada 1 Jun 2020 namun semua pertimbangan sudah diambil untuk memastikan liga ini dihabiskan.
Dalam saingan EPL, Liverpool mendahului liga dengan 25 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City dan perlukan hanya enam mata untuk muncul juara buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.
Sebelum ini cadangan untuk menambah jumlah penyertaan pasukan dengan Liverpool diberikan kejuaraan dan ada juga cadagan supaya liga dibatalkan terus dan tiada juara dimahkotakan untuk musim ini.
Penundaan kejohanan Eropah 2020, oleh UEFA juga memberi ruang kepada semua liga di Eropah untuk melanjutkan jadual liga masing-masing.
#COVID-19
#EPL
#Euro 2020
#FA england
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester City
#Premier League
#UEFA