F1: Verstappen atasi Norris peroleh petak pertama di Silverstone

Astro Arena
Julai 9, 2023 01:23 MYT
Dari kiri, Norris, Verstappen dan Piastri bergambar selepas sesi kelayakan pada saingan Formula Satu GP Britain di litar Silverstone, Silverstone, England, 8 Julai 2023. (Foto AP)
MAX Verstappen meleburkan impian Lando Norris untuk menduduki petak pertama di Grand Prix Britain dengan mencatatkan masa terpantas pada saat akhir sesi kelayakan yang penuh dramatik.
Norris melonjak ke puncak bagi menggembirakan penonton di Silverstone, hanya untuk melihat Verstappen merampas petak pertama dengan 0.241 saat sebagai pemandu terakhir melepasi garisan.
Norris bermula bersama Verstappen, yang meraih petak pertama kelima berturut-turut, dengan Oscar Piastri ketiga pada hari yang cemerlang untuk McLaren pada perlumbaan rumah pasukan Britain itu.
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton, hanya mampu menduduki tempat ketujuh, satu tempat di belakang rakan sepasukan George Russell.
Verstappen, pemenang pada tujuh daripada sembilan saingan Formula Satu musim ini, telah mendahului 81 mata dalam usahanya memburu hatrik kejohanan dunia.
#F1 #Max Verstappen #Grand Prix Britain #Lewis Hamilton