F1: Red Bull tamat kontrak Juri Vips kerana isu perkauman

Astro Arena
Jun 29, 2022 11:45 MYT
Red Bull menamatkan kontrak Juri Vips selepas pemandu ujian dan simpanan itu menggunakan bahasa berbentuk perkauman.- Stadium Astro
RED BULL menamatkan kontrak Juri Vips selepas pemandu ujian dan simpanan itu menggunakan bahasa berbentuk perkauman ketika terbabit dalam permainan di atas talian.
Warga Estonia itu yang berlumba dalam Formula 2 Grand Prix (GP) Hitech telah digantung minggu lalu berikutan insiden yang disiarkan secara langsung di Twitch itu sebelum Red Bull mengumumkan bahawa pemain berusia 21 tahun tersebut telah dipecat.
Satu kenyataan daripada pasukan Formula Satu (F1) itu berbunyi: "Berikutan siasatannya terhadap insiden di atas talian yang melibatkan Juri Vips, Oracle Red Bull Racing telah menamatkan kontrak Juri sebagai pemandu ujian dan simpanan.
"Pasukan tidak membenarkan sebarang bentuk perkauman."
Vips mendapat penilaian tinggi dalam barisan pemandu muda dan dilihat sebagai pesaing utama untuk merampas posisi AlphaTauri, tetapi dipintas Yuki Tsunoda berikutan kempen 2020 yang terjejas akibat koronavirus.
Dia diberikan kesempatan dalam sesi latihan pertama GP Sepanyol bulan lalu dan berkemungkinan mendapat peluang lebih besar musim ini memandangkan peraturan F1 yang menggalakkan penggunaan pemandu muda.
Pemecatan Vips berikutan kecaman F1 dan Red Bull terhadap bekas pemandu, Nelson Piquet, yang didakwa melemparkan kata-kata perkauman terhadap Lewis Hamilton tahun lalu.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
#F1 #Juri Vips #Red Bull #perkauman
;