F1 perkenal peraturan baru dengan serta-merta

Astro Arena
Jun 30, 2022 13:00 MYT
Pasukan kini boleh menukar unit kuasa di bawah syarat baru 'parc ferme' sementara sebarang perubahan spesifikasi komponen kereta dalam kelayakan dan perlumbaan sebelum ini perlu dilakukan di lorong pit. - Foto Astro ARENA
PERSEKUTUAN Automobil Antarabangsa (FIA) mengemas kini peraturan sukan dan teknikal Formula Satu (F1) menjelang perlumbaan di Silverstone hujung minggu ini termasuk meminda peraturan mengenai unit kuasa.
Musim 2022 telah menyaksikan beberapa pasukan berdepan kegagalan kebolehpercayaan termasuk Ferrari yang dalam perebutan gelaran, lantas tindakan serta-merta diambil.
Pasukan kini boleh menukar unit kuasa di bawah syarat baru 'parc ferme' sementara sebarang perubahan spesifikasi komponen kereta dalam kelayakan dan perlumbaan sebelum ini perlu dilakukan di lorong pit.
Peraturan membolehkan pasukan membaiki unit kuasa ketika diperlukan juga telah disemak, sekali gus membolehkan mereka mengelak daripada memasang alat ganti.
Beberapa kontroversi awal musim juga ditangani termasuk peraturan ujian tayar.
Ujian pemesongan untuk memeriksa fleksibiliti sayap belakang dan sayap rasuk, malah peraturan cermin telah dikemas kini bagi membantu meningkatkan tahap penglihatan.
Isu penyejukan bahan api sebelum perlumbaan yang dilihat di Miami juga telah ditangani yang menyaksikan pasukan dibenarkan menyejukkan bahan api masing-masing kepada 20 darjah Celsius di venue lebih panas.
#Formula Satu #FIA #peraturan baru #unit kuasa
;