F1: Nico Rosberg juara GP Jepun

Agensi
Oktober 9, 2016 15:33 MYT
Kemenangan satu-tiga pemandu Mercedes juga bermakna pasukan itu berjaya mengungguli kategori jurubina untuk tiga tahun berturut-turut. - REUTERS/Toru Hanai
Pemandu Mercedes, Nico Rosberg terus menjarakkan diri dari rakan sepasukan Lewis Hamilton dengan kelebihan 33 mata susulan kejayaan menjuarai Grand Prix (GP) Formula One Jepun yang berlangsung di Litar Suzuka petang ini.
Hamilton berjaya berkedudukan ketiga di belakang pemandu Red Bull, Max Verstappen selepas perlumbaan menyaksikannya berhadapan masalah di sesi permulaan sehingga tercicir meskipun bermula dari petak kedua.
Kemenangan satu-tiga pemandu Mercedes juga bermakna pasukan itu berjaya mengungguli kategori jurubina untuk tiga tahun berturut-turut.
#Ferrari #Formula One #Lewis Hamilton #Litar Suzuka #Mercedes #Nico Rosberg #Red Bull
;