F1: Mercedes bantah cadangan kelayakan grid terbalik

Astro Arena
Jun 2, 2020 12:07 MYT
Mercedes dilihat enggan bereksperimen tatkala juara bertahan itu memasang impian untuk menjulang gelaran dunia ketujuhnya tahun ini. - Gambar fail/AP Newsroom
MERCEDES membantah cadangan untuk memperkenalkan kelayakan grid terbalik perlumbaan dalam Formula Satu (F1) musim ini kerana ia boleh merosak impian pemburuan gelaran Lewis Hamilton, kata ketua pasukan Red Bull, Christian Horner.
Berikutan wabak COVID-19 yang menjejaskan kalendar F1 2020, terdapat desakan supaya format kelayakan di litar yang akan bertindak sebagai tuan rumah dengan penganjuran lebih daripada satu perlumbaan.
Horner berkata cadangan untuk memulakan perlumbaan berdasarkan urutan terbalik dalam menentukan grid bagi perlumbaan kedua itu menerima "sokongan luar biasa".
Namun, Mercedes nampaknya enggan bereksperimen tatkala juara bertahan itu memasang impian untuk menjulang gelaran dunia ketujuhnya tahun ini.
"Saya berasakan kami berdepan situasi yang unik tahun ini apabila mempunyai dua perlumbaan di litar yang sama -- nampaknya ia masa yang tepat untuk mencuba sesuatu yang berbeza dalam perlumbaan kedua itu kelak," katanya kepada Sky Sports.

Who else is absolutely loving the Drone footage of W11... pic.twitter.com/1vvJfDgns1

— Mercedes-AMG F1 (@MercedesAMGF1) May 31, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dengan keadaan cuaca yang stabil, kami mungkin meraih keputusan yang sama dalam perlumbaan dua seperti yang kami lakukan dalam perlumbaan satu.
"Cadangan itu mendapat sokongan yang luar biasa. Satu-satunya orang yang tidak begitu menyokongnya adalah Hamilton kerana dia fikir ia akan mengganggu usahanya memburu kejuaraan dunia ketujuh, ia akan menawarkan terlalu banyak perbezaan.
"Penganjuran perlumbaan di tempat yang sama dalam tempoh dua minggu berturut-turut akan menjadi venue yang logik dan tepat pada masanya bagi memperkenalkan dan mencuba sesuatu yang baru.
"Saya berasakan prospek kelayakan grid terbaik akan menjadi sesuatu yang boleh menghiburkan peminat, sesuatu yang positif buat F1 dan sesuatu yang sebenarnya kami tidak perlu takut untuk mencuba. "
Musim F1 akan bermula menerusi perlumbaan pertama di Austria 5 Julai depan.
#coronavirus #COVID-19 #F1 #grid terbalik #koronavirus #Lewis Hamilton #Mercedes #rumah
;