F1: Max Verstappen terlibat nahas

Astro Awani
Ogos 27, 2021 05:38 MYT
Percikan api kelihatan dari kereta Max Verstappen ketika sesi latihan F1 Grand Prix Belgium di Spa-Francorchamps, Spa, Belgium, 27 Ogos, 2021. REUTERS
PEMANDU Red Bull, Max Verstappen menamatkan ujian masa di Grand Prix (GP) Belgium dengan nahas, selepas mencatat masa terpantas.
Pemandu Belanda itu gagal mengawal jentera dipandunya ketika sesi latihan pada Jumaat.
Dia mendahului 0.039 saat dalam ujian masa berbanding Valtteri Bottas di tempat kedua dan Lewis Hamilton di kedudukan ketiga.
Verstappen kini hanya ketinggalan lapan mata di belakang pemandu Mercedes Hamilton, dalam saingan pemandu.
Terdahulu, dia telah menamatkan pusingan di litar Spa-Francorchamps sejauh 7km itu dalam 1 minit 44.472 saat, yang merupakan catatan harian terpantas.
#F1 #Nahas #Max Verstappen #masa terpantas
;