F1: Lewis Hamilton muncul juara GP Amerika Syarikat

Agensi
Oktober 24, 2016 03:01 MYT
Kemenangan menyaksikan Hamilton mengurangkan perbezaan mata dengan pendahulu keseluruhan, Nico Rosberg kepada 26 mata dari 33 mata.- AFP PHOTO / PEDRO UGARTE
Juara bertahan, Lewis Hamilton menghidupkan peluang untuk merangkul kejuaraan dunia buat kali keempat pada Ahad selepas muncul juara di Grand Prix Formula Satu Amerika Syarikat awal pagi tadi.
Pemandu Mercedes dari Britain itu tidak berhadapan masalah untuk mendahului perlumbaan selepas bermula di petak pertama, diikuti rapat rakan sepasukan Nico Rosberg, untuk muncul juara buat kali ke 50 dalam kerjayanya.
Dengan Rosberg di tempat kedua, pemandu Red Bull dari Australia, Daniel Ricciardo berkedudukan ketiga.
Juara empat kali dari Ferrari Sebastian Vettel berkedudukan keempat selepas rakan sepasukan Kimi Raikkonen terpaksa bersara awal ekoran masalah tayar.
Kemenangan menyaksikan Hamilton mengurangkan perbezaan mata dengan pendahulu keseluruhan, Nico Rosberg kepada 26 mata dari 33 mata, dengan baki tiga lagi perlumbaan.
#diikuti rapat rakan sepasukan Nico Rosberg #Ferrari #Formula One #Formula Satu #Grand Prix Amerika Syarikat #Lewis Hamilton #Mercedes #Nico Rosberg #tidak berhadapan masalah untuk mendahului perlumbaan selepas bermula di petak pertama