F1: Ia seperti kemenangan pertama saya! - Hamilton

Astro Arena
November 15, 2021 12:08 MYT
Lewis Hamilton menang tempat pertama dalam perlumbaan F1 di Grand Prix Sao Paulo, Brazil, 14 Nov, 2021. (Foto AP)
LEWIS Hamilton mengakui kemenangannya yang menakjubkan di Grand Prix Sao Paulo dirasakan seperti kejuaraan yang pertama dalam Formula Satu.
Pemandu Mercedes itu menyaksikan keputusan sesi kelayakannya pada Jumaat ditolak kerana pelanggaran DRS, bermakna dia memulakan perlumbaan di tempat terakhir, tetapi berjaya mendaki dari tempat ke-20 hingga ke tempat kelima, sebelum dikenakan penalti lima grid bermakna dia bermula di tempat ke-10 semalam.
Bagaimanapun, pelumba Britain itu melakar kemenangan yang tidak dapat dilupakan, memperoleh lapan tempat awal dan memintas Max Verstappen dengan baki 12 pusingan.
Penyandang juara dunia itu mengurangkan kelebihan Verstappen dalam perebutan gelaran kepada 14 mata dengan baki tiga perlumbaan.
“Rasanya seperti yang pertama kerana saya sudah lama tidak menang,” kata Hamilton.
“Saya tidak pernah terfikir kami akan merapatkan jurang seperti yang kami lakukan hari ini apabila keadaan seolah-olah sedang menentang kami.
"Ia hanya menunjukkan anda tidak boleh menyerah apa sahaja yang anda hadapi. Anda perlu terus berusaha dan tidak pernah berhenti berjuang. Itulah yang saya lakukan hujung minggu ini.
“Pasukan melakukan kerja yang menakjubkan dan Valtteri Bottas turut berlumba dengan hebat untuk [mengakhiri saingan di tempat ketiga dan] mendapat mata sebanyak mungkin."

UPDATED DRIVER STANDINGS: Three races to go 14 points in it What a season What a title race #BrazilGP #F1 pic.twitter.com/SexlILlbpZ

— Formula 1 (@F1) November 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Lewis Hamilton #Formula Satu #Grand Prix Sao Paulo #Mercedes
;