F1: Hamilton pertahan kejuaraan GP British lapan kali berturut-turut

Faris Danial Razi
Julai 18, 2021 00:49 MYT
Hamilton berjaya mendominasi kemenangan untuk kali kelapan berturut-turut di litar perlumbaan Silverstone. - Gambar/ Reuters
SILVERSTONE: Kemenangan di Grand Prix (GP) British sekali lagi menjadi milik Lewis Hamilton selepas menamatkan perlumbaan yang penuh dramatik dan kontroversi pada Ahad.
Ini menjadi rekod baharu apabila Hamilton berjaya mendominasi kemenangan untuk kali kelapan berturut-turut di litar perlumbaan Silverstone.
Ia menjadi satu perlumbaan yang 'panas' selepas Hamilton didakwa menjadi punca kemalangan Max Verstappen pada pusingan pertama yang menyebabkan jentera pasukan Red Bull itu berpusing sebelum melanggar tembok.
Pelanggaran berlaku sewaktu Hamilton mencuba nasib untuk memotong Verstappen di selekoh dan roda bahagian kiri pemandu British itu telah bergesel dengan tayar kanan bahagian belakang Verstappen.
Bagaimanapun, Verstappen, pemandu Belanda itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun jenteranya mengalami ‘total lost’.
Perlumbaan itu ditangguhkan untuk sementara waktu dan didahului oleh pelumba Ferrari, Charles Leclerc yang dipintas dalam penghujung pusingan.
Leclerc yang tidak dapat mempertahankan kejuaraan, hanya mendapat tempat kedua dan diikuti dengan seorang lagi pemandu Mercedes, Valteri Bottas.
#Lewis Hamilton #Mercedes #F1 #Ferrari #kemalangan #Belanda #Grand Prix #Silverstone
;