F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Astro Awani
Julai 8, 2024 09:20 MYT
Julai 8, 2024 09:20 MYT
SILVERSTONE: Lewis Hamilton terpaksa bertarung lama bagi mengalahkan Max Verstappen dan Lando Norris untuk memenangi Grand Prix Britain, kemenangan pertamanya sejak Disember 2021, awal pagi tadi.
Ini merupakan kemenangan ke-104 sepanjang karier pemandu Mercedes itu dan yang kesembilan di Silverstone, mengatasi rekod Michael Schumacher bagi kemenangan terbanyak di satu litar.
Verstappen jelas menghadapi kesukaran dalam perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan cuaca dan litar tidak menentu di hadapan Norris, yang menamatkan saingan di tempat ketiga.
Ini kali terakhir Hamilton akan beraksi bersama Mercedes sebelum berhijrah ke pasukan Ferrari tahun depan.
Juara dunia tujuh kali itu akan mencecah usia 40 tahun pada Januari depan dan menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
"Kemenangan ini sangat bermakna bagi saya," katanya.
Hamilton tidak memenangi sebarang perlumbaan sejak Grand Prix Arab Saudi pada tahun 2021.