F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri

Astro Arena
Julai 4, 2022 10:30 MYT
Zhou Guanyu terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan F1 GP British malam tadi di litar Silverstone, Silverstone, England, 3 Julai 2022. (Foto AP)
ZHOU Guanyu memberikan perkembangan positif selepas terlibat dengan kemalangan ngeri dalam perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix British malam tadi, sambil berkata 'halo' di jentera itu telah menyelamatkan nyawanya.
Bendera merah dikibarkan sewaktu pusingan pembukaan perlumbaan di Litar Silverstone itu selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.
Zhou kemudian dilanggar Russell sebelum jentera Alfa Romeo yang dipandunya hilang kawalan sehingga terbalik dan terseret sebelum melanggar penghadang jalan, berpusing dan hanya terhenti selepas melanggar pagar di depan grandstand.
Zhou menerima rawatan segera sejenak selepas insiden itu sebelum Alfa Romeo mengesahkan bahawa pemandu China berkenaan -- yang sedang bersaing dalam musim F1 pertamanya -- berada dalam keadaan sedar.

Im ok, all clear. Halo saved me today. Thanks everyone for your kind messages! pic.twitter.com/OylxoJC4M0

— | Zhou Guanyu (@ZhouGuanyu24) July 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika Carlos Sainz memenangi perlumbaan pertamanya bersama Ferrari dalam GP berkenaan, Zhou memberikan perkembangan terkininya menerusi akaun Twitter rasminya.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya, dia tidak menolak bahawa halo -- lingkaran titanium yang berada di atas tempat duduk pemandu -- telah menyelamatkan nyawanya.
Pemandu berusia 23 tahun itu berkata: "Saya OK, tiada apa-apa. Halo menyelamatkan saya hari ini. Terima kasih kepada semua atas doa-doa anda."
#Zhou Guanyu #F1 #kemalangan #Silverstone
;