Everton tagih khidmat Cenk Tosun dengan nilai RM146 juta

Astro Awani
Januari 5, 2018 07:40 MYT
Penyerang Turki, Cenk Tosun akan berpindah dari kelab Besiktas ke Everton. - Gambar fail Reuters
EVERTON umum melengkapkan perpindahan penyerang Turki, Cenk Tosun dari kelab Besiktas dengan nilai RM145 juta (27 juta pound Sterling).
Pembelian terbaru ini diumumkan the Toffees ketika separuh masa pertama perlawanan piala FA menentang Liverpool.
Tosun, 26 tahun menyumbang 41 gol dalam 96 perlawanan Liga Super Turki sejak musim 2014-2015.
Dia mengakui pengendali Everton, Sam Allardyce sebagai faktor utama mempengaruhi keputusannya berpindah ke Goodison Park.
"Everton adalah kelab hebat dengan sejarah dan budaya, saya tidak sabar memberikan aksi terbaik kepada peminat kelab ini.
"Liga Perdana adalah liga yang kuat, dan saya tahu kekuatan fizikal akan membantu saya di sini," kata Tosun.
Sementara itu, Allardyce menyifatkan pembelian Tosun sebagai berbaloi.
"Dia (Tosun) adalah penyerang nombor satu Turki dan menjaringkan gol dalam Liga Juara-juara dan Liga Turki selain sudah tentu aksi di liga perdana sesuatu yang sangat dinantikan.
"Sudah tentu kami melihat kualiti pemain, dan bakatnya. Dengan harga yang dibayar, dia adalah yang terbaik di Eropah buat masa ini," tegas Allardyce mengulas kebolehan Tosun.
Tosun sehingga kini berjaya menjaringkan lapan gol untuk 25 penampilan bersama pasukan kebangsaan Turki.
#cenk tosun #Everton #Liga Perdana Inggeris #Piala FA #Turki
;