Everton berdepan pemotongan 12 mata akibat terus rugi

Astro Arena
Oktober 26, 2023 08:37 MYT
Pada Mac lalu, EPL merujuk Everton kepada suruhanjaya atas dakwaan melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan pada musim 2021-22. - Foto Astro ARENA
LIGA Perdana Inggeris (EPL) mengesyorkan potongan sehingga 12 mata ke atas Everton berhubung dakwaan pelanggaran peraturan kewangan, menurut laporan awal pagi tadi.
Daily Telegraph melaporkan pengelola liga itu telah meminta suruhanjaya bebas yang mendengar pertuduhan terhadap kelab Merseyside itu agar dikenakan sekatan.
Potongan 12 mata akan menyaksikan kedudukan Everton yang mengumpul lima mata semakin ini, namun baik The Toffees mahupun EPL sendiri belum menawarkan maklumat lanjut mengenai laporan itu.
Pada Mac lalu, EPL merujuk kelab itu kepada suruhanjaya atas dakwaan melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan (P&S) pada musim 2021-22.

Ahead of training today, players and staff held a minutes silence for Chairman Bill Kenwright. pic.twitter.com/6EOgPLVTRV

— Everton (@Everton) October 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peraturan P&S liga menghadkan kelab daripada mengalami kerugian maksimum £105 juta (RM608.6j) dalam tempoh tiga tahun atau berdepan sekatan.
Untuk rekod, Everton telah mengalami kerugian dalam tahun kelima berturut-turut dengan melibatkan nilai keseluruhan £430j (RM2.4 bilion).
#EPL #Everton #potong 12 mata #langgar peraturan kewangan
;