EURO 2024: Yamal pecah rekod Pele
Agensi
Julai 14, 2024 06:30 MYT
Julai 14, 2024 06:30 MYT
LAMINE Yamal boleh dinobatkan menjadi pemain termuda beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan utama memecahkan rekod yang dipegang oleh legenda bola sepak Brazil, Pele.
Yamal, yang menyambut hari jadi ke-17 tahun sehari sebelum perlawanan akhir Euro 2024, cemerlang bersama Sepanyol mengumpul satu gol dan tiga bantuan gol untuk membawa negaranya ke final menentang England pada awal pagi Isnin.
Pada usia hanya 17 tahun dan sehari, Yamal menjadi pemain termuda dalam sejarah final kejohanan utama, 66 tahun selepas Pele mencipta rekod berkenaan.
Pele berusia 17 tahun dan 249 hari sewaktu beliau membantu Brazil dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1958 dengan menjaringkan dua gol bergaya untuk memastikan kemenangan 5-2 ke atas Sweden.
Selepas kempen bersama Barcelona, nama Yamal mula bermain di bibir peminat bola sepak dunia.
Beliau terus mendapat pujian selepas prestasinya dalam kemenangan separuh akhir ke atas Perancis sekali gus menjadi tumpuan utama dalam perjalanan ke final.
Steady, Yamal!