EURO 2024: Usia 16 tahun jadikan Lamine Yamal penjaring termuda sejak 1960

Astro Arena
Julai 9, 2024 06:45 MYT
Lamine Yamal mencipta sejarah dalam Euro 2024 apabila dia menjadi penjaring termuda dalam sejarah pertandingan itu ketika perlawanan separuh akhir menentang Perancis, awal pagi ini.
PEMAIN muda sensasi, Lamine Yamal, mencipta sejarah dalam Euro 2024 apabila dia menjadi penjaring termuda dalam sejarah pertandingan itu ketika perlawanan separuh akhir menentang Perancis, awal pagi ini.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu berusia 16 tahun dan 362 hari selain memecahkan rekod itu dengan bergaya apabila menjaringkan gol menerusi rembatan jarak jauh yang menakjubkan menewaskan penjaga gol Perancis, Mike Maignan.

Lamine Yamal becomes the youngest scorer in EURO history #EURO2024 | #ESPFRA pic.twitter.com/tp7lRJooxn

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan tersebut hadir pada minit ke-21 permainan selepas Randal Kolo Muani menanduk bola untuk meletakkan Perancis di hadapan.
Berikut merupakan senarai penjaring termuda sepanjang kejohanan Euro diadakan:
1) Lamine Yamal (16 tahun)
2) Johan Vonlanthen (18 tahun)
3) Wayne Rooney (18 tahun)
4) Renato Sanches (18 tahun)
5) Dragan Stojković (19 tahun)
6) Arda Güler (19 tahun)
7) Cristiano Ronaldo (19 tahun)
8) Ferenc Bene (19 tahun)
9) Cristian Chivu (19 tahun)
10) Patrick Kluivert (19 tahun)
- Stadium Astro
#Euro 2024 #Lamine Yamal #penjaring termuda #gol Sepanyol
;