Euro 2024: UEFA buka kertas siasatan terhadap Albania susulan kekecohan penyokong

Bernama
Jun 17, 2024 07:15 MYT
UEFA pada Ahad memaklumkan penyokong Albania bertindak membaling objek, membakar bunga api, menceroboh padang dan membuat mesej provokatif ketika perlawanan itu. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah membuka kertas siasatan terhadap Persekutuan Bola Sepak Albania berhubung tingkah laku penyokongnya semasa perlawanan Euro 2024 menentang Itali, lapor Sputnik.
Pada Sabtu, pasukan bola sepak kebangsaan Albania tewas 2-1 kepada Itali selepas jaringan gol terpantas dalam sejarah EURO.
UEFA pada Ahad memaklumkan bahawa penyokong Albania bertindak membaling objek, membakar bunga api, menceroboh padang dan membuat mesej provokatif ketika perlawanan itu.
Euro 2024 berlangsung di Jerman dari 14 Jun hingga 14 Julai.
-- BERNAMA
#UEFA #Euro 2024 #Albania #Itali