EURO 2024: Topeng Mbappe tidak patuh syarat UEFA?

Agensi
Jun 21, 2024 08:10 MYT
Perkara 42 peraturan UEFA menyebut bahawa peralatan perubatan yang dipakai di padang permainan mestilah satu warna. - Foto Reuters
KYLIAN Mbappe mungkin akan dilarang memakai topeng dengan latar belakang bendera Perancis dalam perlawanan EURO 2024.
Mbappe, 25, yang mengalami kecederaan hidung semasa Perancis menewaskan Austria Selasa lalu dilaporkan bakal beraksi dalam perlawanan menentang Belanda pada Sabtu.
Perkara 42 Peraturan UEFA menyebut bahawa peralatan perubatan yang dipakai di padang permainan mestilah satu warna dan keberangkalian tinggi topeng yang digunakan Mbappe pada sesi latihan tidak akan dibenarkan.
RMC Sport melaporkan bahawa Mbappe turut mendapat beberapa topeng yang tidak mempunyai corak dan satu warna serta boleh dipakai dalam perlawanan.
Laporan itu menambah bahawa Persekutuan Bola Sepak Perancis tidak mendapatkan pengesahan mengenai topeng itu sebelum sesi latihan Perancis tetapi akan melakukannya sebelum perlawanan menentang Belanda.
#Euro 2024 #topeng muka #kecederaan hidung #Kylian Mmbape