Euro 2024: Tiada gol tidak mengapa, Cristiano Ronaldo pecah rekod lagi!

Astro Arena
Jun 22, 2024 04:45 MYT
Cristiano Ronaldo merekodkan satu lagi sejarah baru ketika Portugal menang 3-0 ke atas Turkiye dalam saingan Euro 2024. - Gambar REUTERS
CRISTIANO Ronaldo merekodkan satu lagi sejarah baru ketika Portugal menang 3-0 ke atas Turkiye dalam saingan Euro 2024.
Gol daripada Bernardo Silva dan Bruno Fernandes dan gol sendiri Samet Akaydin memastikan Portugal menang mudah ke atas Turkiye dalam perlawanan kedua Kejohanan Eropah.
Untuk gol ketiga dan terakhir pasukan Portugal itu, bintang Al-Nassr, Ronaldo, melakukan lorongan buat pemain Manchester United, Fernandes untuk menjaringkan gol.
Itu adalah bantuan jaringan ketujuhnya dalam pertandingan itu -- satu lagi rekod untuk menambah koleksinya yang semakin meningkat.

Cristiano Ronaldo has now provided more assists than any other player on record in European Championship history (7). #EURO2024 pic.twitter.com/f01y9EJ4wa

— Squawka (@Squawka) June 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan itu memastikan anak buah Roberto Martinez mara ke pusingan 16 Euro sebagai juara kumpulan.
Bagi Ronaldo, dia mencipta sejarah awal bulan ini dengan beraksi dalam enam edisi Euro.
Pemain berusia 39 tahun itu membantu Portugal memenangi edisi 2016 kejohanan tersebut dan dia ingin menambah lebih banyak trofi dalam kabinet trofinya. - Stadium Astro
#Euro 2024 #Cristiano Ronaldo #Cristiano Ronaldo pecah rekod #Bruno Fernandes
;