Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Astro Arena
Mac 24, 2024 12:31 MYT
Mac 24, 2024 12:31 MYT
GARETH Southgate gembira dengan mutu persembahan England dalam kekalahan kepada Brazil sambil memuji trio pemain utamanya ketika dia bereksperimen menjelang Euro 2024.
Pertembungan Wembley di antara pasukan yang dilanda kecederaan ini awal pagi tadi berakhir dengan kekalahan pertama tuan rumah sejak tersingkir dalam suku akhir Piala Dunia ke Perancis, 15 bulan lalu.
England berharap untuk menyinar dalam permulaan jadual antarabangsa kali ini tetapi dihampakan apabila bintang remaja, Endrick, keluar dari bangku simpanan untuk memastikan kemenangan lewat 1-0 menjadi milik Brazil.
Pemain berusia 17 tahun itu muncul pemain termuda yang menjaringkan gol antarabangsa di Wembley, namun Southgate tetap gembira dengan sebahagian besarnya prestasi anak buahnya walaupun rekod 10 perlawanan tanpa kalah pasukannya lebur.
“Saya gembira,” kata ketua jurulatih England itu.
“Jelas sekali tidak siapa yang suka dengan kekalahan dalam perlawanan bola sepak tetapi saya fikir terdapat banyak persembahan individu yang sangat baik daripada pemain yang jarang mewakili England.
“Saya fikir pemain England beraksi cemerlang.
“Dalam 15 minit berbaki, kita telah berjaya melihat ramai pemain baru, kami mempunyai lebih banyak peluang dan kami melancarkan banyak percubaan ke arah gawang.
“Perbezaan pada akhirnya adalah pada satu detik dan itulah kekejaman bola sepak di tahap ini.”
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro