EURO 2024: Sepanyol tutup kempen Kumpulan B dengan rekod sempurna

Astro Arena
Jun 25, 2024 08:40 MYT
Ferran Torres meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan EURO 2024 Kumpulan B antara Albania dan Sepanyol di Duesseldorf, Jerman, 24 Jun 2024. (Foto AP)
ALBANIA 0 SEPANYOL 1
Ferran Torres mendedahkan ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, telah membuatkan kem itu teruja selepas mereka mengekalkan rekod sempurna dalam EURO 2024 berbekalkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Albania, awal pagi tadi.
La Roja sudah pun menjamin puncak Kumpulan B dan layak ke pusingan 16 dengan memastikan kemaraan ke peringkat kalah mati dengan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan selain belum dibolosi.
Torres -- salah seorang daripada rombakan 10 pemain dalam kemenangan 1-0 ke atas Itali yang lalu -- meledak gol tunggal selepas hanya 13 minit permainan di Dusseldorf apabila menyambut hantaran tepat Dani Olmo sebelum menewaskan penjaga gol Albania, Thomas Strakosha.
Penglibatan penyerang Barcelona itu dalam tujuh gol (lima gol, dua bantuan) untuk menyamai pencapaian Joselu sejak De la Fuente mengambil-alih.
Justeru, keyakinan dan momentum mereka yang kali terakhir memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan dalam EURO 2008 kian memuncak.
"Saya bangga mewakili negara saya," katanya.

TODOS los triunfos empiezan AQUÍ.#VamosEspaña | #EURO2024 pic.twitter.com/SfrQxzeLRr

— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) June 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya akan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan jurulatih kepada saya menerusi gol, bantuan jaringan, tugas bertahan.
"Saya mahu terus mencipta sejarah bersama Sepanyol. Saya tidak akan berhenti sehingga saya mencapainya. Saya tidak kisah siapa yang akan kami hadapi seterusnya.
"Kami merupakan sebuah pasukan yang hebat, kami bekerja keras dan jurulatih telah membuatkan kami semua teruja."
#Euro 2024 #sepanyol #Albania #Ferran Torres
;