EURO 2024: Sepanyol tempah tiket ke final, Perancis fokus Sukan Olimpik Paris

Astro Arena
Julai 9, 2024 05:30 MYT
Sepanyol berjaya mara ke perlawanan akhir Euro 2024 sebanyak lima kali dan akan bertemu sama ada England atau Belanda pada Sabtu ini.
SEPANYOL 2 PERANCIS 1
Pertembungan blokbuster dua gergasi Eropah akhirnya memihak kepada juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, yang lebih mendominasi perlawanan separuh akhir Euro 2024 menewaskan seteru utama, Perancis, di Allianz Arena, Munich, sebentar tadi.
Sepanjang 90 minit permainan, anak-anak buah Luis de la Fuente memberikan asakan tanpa henti selain membuat beberapa percubaan berbahaya untuk memberikan kelebihan buat Sepanyol menguasai aksi secara keseluruhan.
Pemain Barcelona, Lamine Yamal, menjadi pemain termuda menjaringkan gol sepanjang kejohanan berprestij Eropah itu dianjurkan sejak 1960 sebelum pemain RB Leipzig, Dani Olmo, menggandakan kelebihan buat skuad La Roja.

Through to the final in style #EURO2024 | #ESPFRA pic.twitter.com/VEfL0RWMkq

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad kendalian Didier Deschamps sekadar mampu membuka jaringan menerusi tandukan pemain Paris Saint Germain (PSG), Kolo Muani, menerusi hantaran daripada pemain sensasi, Kyllian Mbappe, pada awal permainan.
Keputusan itu kekal sehingga wisel penamat menandakan Sepanyol berjaya mara ke perlawanan akhir Euro 2024 sebanyak lima kali dan akan bertemu sama ada England atau Belanda pada Sabtu ini. - Stadium Astro
#Euro 2024 #sepanyol #final EURO 2024 #Luis de la Fuente
;